Tuesday, February 22, 2005
Wujudkah tekanan politik terhadap JAWI?
Komuniti On line www.umno-reform.com kami telah mencadangkan perbincangan mengenai topik di atas. Dikatakan wujud tekanan politik terhadap JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Terdapat pelbagai pihak yang mengecam tindakan JAWI namun ada juga yang mengatakan bahawa tindakan JAWI adalah tindakan yang wajar selaras dengan penerapan nilai - nilai Islam. Apakah tindakan JAWI ini selaras dengan konsep Islam Hadhari yang sekarang ini sering kita perkatakan?
Sunday, February 20, 2005
Lembaga Displin Umno
Apa dah jadi dengan Lembaga Disiplin Umno
Oleh Pena Suasa
MAJLIS Tertinggi (MT) baru sahaja mahu melantik Panel Rayuan untuk mendengar rayuan anggota Umno yang dikenakan tindakan disiplin sedangkan tindakan oleh Lembaga Disiplin sudah dibuat hampir enam bulan yang lalu.
Panel Rayuan yang diketuai Datuk Zuki Kamaluddin (bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang dan bekas Ketua Umno Bahagian Raub) akan dibantu timbalannya Tan Sri Zaki Tun Azmi yang merupakan orang yang rapat dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Lembaga Disiplin yang diketuai Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail (Ku Din) dan dibantu Zuki sebelum ini tentunya 'terasa' dengan MT Umno yang tidak memberi apa-apa 'kesan' kepada semua keputusan yang dijatuhkan Lembaga Disiplin.
Apa tidaknya. Jika dulu sesiapa yang dikenakan tindakan disiplin akan turut mengaitkan jawatan-jawatan lain termasuk MT dan Exco Kerajaan Negeri tetapi kini, sesiapa yang dikenakan hukuman, boleh tersenyum simpul kerana MT melindungi mereka.
Sepatutnya anggota-anggota Lembaga Disiplin sudah boleh meletakkan jawatan dan membubarkan sahaja lembaga ini jika mereka sendiri sedar bahawa tindakan dan sumbangan mereka kepada parti tidak dihargai!
Tetapi mungkin anggota lembaga ini merasakan mereka 'masih memerlukan' pertolongan orang-orang atasan dalam Umno untuk kepentingan masing-masing, khususnya dalam perniagaan.
Mereka sendiri maklum, untuk kembali bertanding pilihan raya, terpilih menjadi calon, atau dilantik menjadi Senator sudah 'susah' sebab faktor usia masing-masing di ambang senja tetapi kepentingan perniagaan, kepentingan anak-anak dan kroni mengatasi 'maruah diri sendiri' dengan menjadikan diri mereka bahan ketawa orang ramai.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Allahyarham Dato' Zainol Md Isa adalah satu contoh bagaimana 'teraniayanya' beliau ketika dijatuhkan hukuman digantung keahlian selama tiga tahun.
Jawatan Ketua Umno Bahagian Baling yang dimenanginya dengan mengalahkan Allahyarham Dato' Raja Ariffin Raja Sulaiman terpaksa dilepaskan dan jawatan Exco Pertanian Negeri juga dipaksa untuk dikosongkan.
Allahyarham bukan sahaja menerima hukuman lebih dari tiga tahun kerana 'tiada surat perlepasan' dari pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam MT Umno, malahan, peluangnya untuk kembali menawarkan diri menjadi calon Ketua Umno Bahagian Baling terlepas begitu sahaja kerana 'karenah dan permainan' pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam MT Umno.
Berbeza dengan Datuk Mohd Faizal Abdullah di Kuantan boleh dilepaskan dari hukuman tiga tahun, sebelum sampai tarikh akhir kerana beliau dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pihak-pihak tertentu.
Malahan, beliau dipilih bertanding dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu. Cuba lihat dan kaji secara teliti, apakah 'dosa' Allahyarham Dato' Zainol kepada Umno dan apakah 'pahala' Dato' Faizal kepada Umno!
Tentu kita dapat merumuskan, dalam Umno jika tidak mempunyai akses yang baik dengan orang-orang yang berkuasa di atas, nasib kita sentiasa menjadi 'telur di hujung tanduk'.
Atas nama 'politik wang' dan Lembaga Disiplin, boleh sahaja seseorang dijatuhkan sesuka hati dan ada juga yang boleh diselamatkan walaupun 'bentuk dan ragam' kesalahan adalah sama dan serupa.
Seorang lagi individu yang disabitkan dengan kesalahan politik wang ialah Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi yang kini sudah pun dilantik menjadi Bendahari Umno. Azim kehilangan jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang dan terpaksa juga melepaskan jawatan Ahli MT yang dimenanginya.
Namun, beliau 'dilepaskan' ketika cawangan-cawangan di Umno Bahagian Bukit Bintang baru sahaja memulakan mesyuarat dan percalonan. Beliau bernasib baik, mendapat cukup percalonan (kerana cawangan di Bahagian Bukit Bintang sedikit) untuk melayakkannya bertanding semula dan seterusnya memenangi pertandingan itu.
Azim mengalahkan Datuk Ab Raof Yusoh yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia ketika itu.
Hukuman terhadap Dato' Faizal dan Dato' Azim menyebabkan kedua-duanya naik pangkat. Faizal terpelih menjadi ADUN dan Azim selain kekal sebagai Pengerusi BSN turut dilantik menjadi Bendahari Umno Malaysia.
Berbeza dengan Allahyarham Dato' Zainol, cawangan-cawangan dalam Umno Bahagian Baling hampir 200 cawangan. Untuk melayakkan Allahyarham bertanding, sekurang-kurangnya 75 cawangan perlu mencalonkannya.
Akhirnya, disebabkan kelewatan perlepasan Allahyarham dari hukuman Lembaga Disiplin, Allahyarham tidak mendapat cukup percalonan untuk kembali memimpin Umno Bahagian Baling. Tidak cukup percalonan bukan kerana kurang popular tetapi menjadi mangsa Ibu Pejabat Umno.
Apakah Lembaga Disiplin dan MT Umno tidak rasa berdosa dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham Dato' Zainol?
Hari ini, dua penjawat jawatan kerajaan yang dikenakan tindakan disiplin boleh tersenyum riang kerana masing-masing kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri dan seorang lagi kekal sebagai Setiausaha Parlimen.
Datuk Wira Amid Nordin yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka masih dipertahankan walaupun sudah dijatuhkan hukuman gantung keahlian selama tiga tahun kerana disabitkan kesalahan ketika pemilihan Umno Bahagian Kota Melaka.
Sementara seorang lagi, Samsu Baharon Abdul Rahman yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Silam terus kekal duduk di kerusi Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi walaupun turut digantung keahlian selama 3 tahun.
Bila mereka bukan lagi ahli Umno, parti manakah mereka wakili sekarang? Kenapa ada wakil yang tidak mewakili mana-mana parti boleh duduk dalam Exco Kerajaan Negeri Melaka?
Apakah kerana Ketua Menteri Melaka merupakan Naib Presiden Umno menyebabkan Lembaga Disiplin tidak mampu untuk berbuat apa-apa? Di mana maruah Lembaga Disiplin dalam isu ini.
Atau tidak ada apa-apa soal maruah dalam isu ini asalkan ada 'kepentingan' perniagaan yang dikejar mereka?
MT juga seolah-olah mempermainkan Lembaga Disiplin kerana tidak memperakui' tindakan dan hukuman yang dikenakan. Itulah sebabnya, tiada seorang pun yang dilantik menjadi Ketua Bahagian selepas Lembaga Disiplin mengenakan hukuman.
Sepatutnya, sebaik sahaja Lembaga Disiplin mengumumkan hukuman, MT sepatutnya bertindak proaktif dengan melantik pengganti. Ini yang berlaku dahulu, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden Umno.
Jika tidak, mengapa MT tidak mengumumkan sahaja jawatan Ketua Bahagian itu dipangku buat sementara oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri atau mana-mana anggota MT yang berdekatan dengan bahagian tersebut.
Malangnya, mungkin sengaja MT mahu 'memperendah-rendahkan kredibiliti Lembaga Disiplin' membiarkan bahagian-bahagian yang terlibat dengan tindakan Lembaga Disiplin tidak mempunyai Ketua Bahagian dan Timbalannya pula tidak dilantik menjadi Pemangku Ketua Bahagian.
Atau, melantik calon-calon yang 'dikalahkan' (baca dikalahkan kerana tipu muslihat, politik wang dan permainan politik kotor) menjadi Ketua Bahagian yang baru kerana merekalah yang sebenarnya layak menjadi Ketua Bahagian kalau tidak ada politik kotor, tipu muslihat dan politik wang.
Kita tunggulah sahaja ke mana sebenarnya Lembaga Disiplin selepas ini? Apakah kehadiran mereka hanya sekadar mahu mengurangkan cakap-cakap politik wang berleluasa di dalam pemilihan Umno atau, kehadiran mereka sekadar mendekatkan mereka dengan orang-orang yang berkuasa; yang menjanjikan peluang perniagaan kepada anggota Lembaga Disiplin.
-habis-

Tuesday, February 15, 2005
Kotornya politik Pematang Pauh
Kotornya Politik Umno Pematang Pauh
Oleh Pena Suasa
KETIKA ini, semua orang politik boleh melihat dengan jelas, bagaimana proses demokrasi yang dilaung-laungkan dalam Umno.Pemilihan Bahagian Permatang Pauh, 13 Februari lalu membuktikan, campur tangan dari pihak paling atas menyebabkan bekas penyandang jawatan Ketua Bahagian, Ahmad Saad disingkirkan secara 'sah'.
'Sah' yang dimaksudkan ialah pucuk pimpinan tidak mahu beliau di situ. Maka setelah Majlis Tertinggi (MT) menggugurkannya, mereka juga mahukan perwakilan juga 'mengikut' telunjuk MT (baca pimpinan tertinggi).
Sebuah akhbar harian secara jelas mempermainkan berita, analisis dan ramalan yang meletakkan Ahmad 'di tumit kaki' mereka.Satu berita dipetik, Ketua Penaja Bahagian Pematang Pauh, Abd Jalil Majid mengiringi Perdana Menteri yang juga Presiden Umno bersembahyang Jumaat yang diimamkan Pirdaus Ismail.
Lebih menyedihkan YB Arif Shah Omar Shah 'mengejar' jawatan Ketua Penerangan dengan meninggalkan 'perjuangan' bersama Ahmad untuk berhadapan dengan Jalil dan Pirdaus. Ada tafsiran dibuat, Arif Shah 'berkepentingan' peribadi dan mahu menjaga hati Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Ada apa-apa janji ke?" Tanya mereka yang diminta mengulas langkah Arif Shah ini.
Ahmad kalah kerana 'diserang' dari pelbagai sudut selain permainan kawan-kawan yang tidak setia, ketika mengejar jawatan.Presiden Umno jelas mahukan Jalil dan Pirdaus dengan mengeluarkan kenyataan bahawa YB Arif Shah melakukan pengorbanan besar bila menarik diri dari mempertahankan jawatan timbalan ketua bahagian.
Apakah 'menarik diri' suatu pengorbanan? Apakah pertandingan dalam parti mengakibatkan perpecahan? Atau, Umno hanya memerlukan 'pertandingan' jika seseorang itu perlu dipertandingkan tetapi 'pertandingan' menjadi tidak perlu, apabila seseorang itu mahu dijadikan 'mangsa'?
Pirdaus sebenarnya tidak perlu turut bersaing bertanding jawatan timbalan kalau dia faham politik Umno sebenarnya. Tanpa apa-apa jawatan dan sumbangan kepada Umno, Pirdaus lebih beruntung dari lebih 3 juta anggota parti itu apabila terpilih bertanding kerusi Parlimen Pematang Pauh. Maka, untuk apa dia mengejar jawatan dalam parti jika dia tahu 'dia anak istimewa' dalam Umno?
Orang lain, pernah jadi ketua bahagian bertahun-tahun, malahan lebih 10 tahun pun tidak merasa terpilih menjadi calon. Ada timbalan ketua bahagian di Johor, Haji Daud Ibrahim (Umno Bahagian Parit Sulong) menjadi timbalan lebih 20 tahun tetapi tidak sekalipun terpilih menjadi calon.
Pirdaus tidak perlu melalui proses menjadi pemimpin bahagian. Nasib dia sudah ditentukan baik sebaik nasib Zainuddin Maidin yang kini menjadi Ahli Parlimen Merbok walaupun tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.
Selepas menang pilihan raya, dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan, Zainuddin dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Merbok.
Tidak mustahil selepas ini, Pirdaus yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri, memandangkan Pulau Pinang kini kekurangan kerusi Menteri dan Timbalan Menteri, selepas Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Sharif Omar menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Jalil Majid juga tidak mustahil akan mendapat 'habuan' selepas menang dan disahkan sebagai Ketua Umno Bahagian Pematang Pauh, dengan kelebihan Cuma 27 undi mengalahkan Ahmad Saad.
Orang Pematang Pauh 'kehilangan' Ahmad, seorang yang cukup lama dalam Umno Pematang Pauh, pernah menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang dan pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Pematang Pauh.
'Kebencian' orang-orang tertentu dalam Umno terhadap Ahmad diluahkan dengan menggugurkannya dari jawatan Ketua Bahagian, menjadikan dialah satu-satunya Ketua Bahagian di luar Kelantan yang digugurkan.
Peribadinya yang cukup baik, kuat mengaji Quran dan tidak pernah tinggal sembahyang tidak menjadikan dia seorang yang 'disegani dan dihurmati' tetapi, dia disisihkan. Inilah Umno dan Umno memang menjauhkan 'diri' dari orang-orang seperti Ahmad, bukan kerana Ahmad tidak ada kelulusan, atau Ahmad terlibat dengan dakwaan rasuah tetapi tersisihnya Ahmad kerana 'orang tertentu' dan 'tangan ghaib' mencampuri urusan pemilihan di peringkat bahagian.
Saya tidak mahu tulisan ini disiarkan di akhbar arus perdana kerana saya tahu tulisan 'kebenaran' seperti ini tidak mendapat tempat tetapi saya mengharapkan laman-laman portal memberi sedikit ruang kepada kebenaran, supaya mereka yang berada di luar Umno dan di dalam Umno, sedar situasi kotor ini.
Bayangkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong Ahmad seperti menyokong 'orang lama' yang kini menjadi orang keADILan!
Ini apa yang dilaporkan di akhbar. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana 'serangan' di bawah dibuat ketika kempen sedang berjalan.
Jalil selepas menang mengatakan 'pengalaman' hidup yang paling dahsyat ditempuhinya, melebihi pengalaman ketika menghadapi pilihan raya.
Pirdaus 'terus bertuah' kerana menang tanpa bertanding.
Kita tidak mendengar pandangan Ahmad kerana Ahmad tidak mendapat tempat di akhbar. Mungkin dia kalah atas 'hikmah' Allah. Kalau dia menang, tidak mustahil ada 'perangkap' menanti dia dengan cerita 'tsumoney'.
Seorang rakan memberitahu, Ahmad mahu dikaitkan dengan tuduhan mengamalkan politik wang kalau dia menang supaya jawatan yang dimenanginya boleh terlepas juga akhirnya. Ini cerita orang yang mungkin simpati dengan Ahmad dan mungkin juga cerita orang yang tidak sukakan Jalil, bagi menampakkan Jalil sebagai tidak 'gentleman'
Ahmad yang mendapat 31 percalonan dan Jalil mendapat 57 percalonan membuktikan kekuatan Ahmad yang mengutip 158 undi berbanding Jalil 185, masih kuat dan tidak boleh dipandang rendah.
Ada yang meramalkan, jika Arif Shah tidak 'buat hal', peluang Ahmad cukup cerah untuk memenangi pertandingan ini. Perwakilan menjadi keliru dengan 'tekanan' dan kenyataan yang dikeluarkan Pak Lah dan langkah mengelirukan yang diambil Arif Shah itu.
Sekejap kata tak tarik diri, sekejap kata tarik diri. Bila Setiausaha Penaja Umno bahagian buat kenyataan, ada surat yang bertulis tangan dari Arif Shah, barulah Arif Shah mengakuinya bahawa surat itu ditulis ketika fikirannya waras dan tidak ada tekanan.
Namun, dia kesal 'tembelangnya' itu didedahkan awal-awal. Perwakilan dan anggota Umno Pematang Pauh 'cukup beruntung' mendapat seorang YB bernama Arif Shah di kawasan mereka.
Kita tidak tahu apa cadangan Ahmad selepas ini tetapi sekarang kita boleh menyaksikan bahawa Umno Pematang Pauh terus bercempera dengan isu pertandingan ini dan tangan-tangan ghaib akan terus memainkan peranan menentukan siapa yang mereka kehendaki menerajui bahagian-bahagian.
Bohong kalau ada dakwaan mengatakan pemimpin atasan mengambil sikap berkecuali!
-tamat-

Wednesday, February 09, 2005
Meniti pembaharuan dalam UMNO, ceritalah

Ceritalah bagaimana perubahan perlu di adakan. Ceritalah bagaimana rasuah harus di basmikan dan usaha kita sebagai pemimpin harus ikhlas - menolak kehadiran semata - mata kerana politik dan pencapaian diri - khususnya perolehan material.
Ceritalah bagaimana kita membaja dan membajak tanah. Berusaha untuk hasil yang baik - mendidik anak - anak agar kelak mereka berwibawa, bertanggungjawab dan penuh sifat kemanusiaan yang menyeluruh - insani yang menuju ke tahap kesempurnaan.
Ceritalah mengenai pembuangan masa tanpa usaha - melakukan perkara - perkara yang tidak berfaedah serta menghuraikan segala yang nampak sebagai peluang politik dan sebagai usaha untuk naik dan berbakti kepada diri sendiri.
Ceritalah mengenai definisi berjiwa besar, nilai budiman, negarawan dan berjiwa rakyat. Melihat dan sentiasa melakukan perkara - perkara semata - mata mendahulukan kepentingan rakyat yang di terjemah setelah ada sisa - sisa yang boleh di agihkan kepada mereka.
Ceritakan juga bagaimana di didik pengedar dadah - dengan hukuman gantung - peragut yang mahu di rotan di khalayak ramai - perogol yang di penjara berpuluh - puluh tahun - ditangkap kerana tidak membayar saman - didenda kerana memandu laju dan tidak berlesen. Ceritakan bagaimana hukuman kepada mereka yang khusyuk melakukan rasuah dan mereka yang mengaut apa yang bukan milik mereka, menindas pekerja dan sebagainya.
Cerita - Cerita - Cerita bagaimana kita adakan semua ini kerana mahu membetulkan keadaan.
Cerita - Cerita - Cerita mengenai apa yang di mimpi sebagai keindahan, apa yang diharapkan sebagai hasil, apa yang dijangka sebagai pembangunan, apa yang di hasrat menjadi kemajuan.
Cerita - Cerita - Cerita - semua diharapkan. Semua di cita-citakan, lalang menjadi padi, beras secupak jadi segantang dan akar di genggam rotan jadinya.
Sesudah itu kita cubit dan kita kejutkan diri dari realiti. Tanah sekangkang kera tidak akan jadi seekar, lalang di biarkan - tidak tumbuh menjadi padi dan akar di genggam tidak rotan jadinya.
Kita perlu sedar bahawa perubahan bukan dengan bercerita. Sebagaimana di semai lalang tidak padi tumbuhnya dan begitu juga di semai cerita tidak nyata harapan jadinya.
Justeru itu harapan perubahan - harapan agar di hentikan bicara tidak berfaedah - berlebihan dalam mempolitikkan isu - berbudi dan berdedikasi dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat harus di semai. Setelah di semai di lihat hasilnya. Namun andai air di curahkan ke daun keladi - kesan dan nampaknya tidak akan ada.
Bagi Pak Lah, dalam berbicara mengenai harapan beliau mengadakan satu saf yang utuh, dengan konsep Islam yang jitu dan nilai moral yang tinggi maka perubahan harus menyeluruh. Kesesuaian kepimpinan serta perubahan dalam kepimpinan perlu di adakan sebagai asas semaian pembaharuan.
Perubahan kepimpinan itu penting - mendeklamasikan perubahan dan melihat bentuk baru bersesuaian dengan masa dalam melaksanakan tugas untuk rakyat. Pak Lah harus merobah, meninggalkan yang terlalu lama - bagi mengadakan jentera penggerak yang lebih agresif, berdaya maju dan progresif.
Ini perubahan yang di harapkan. Ini bukan lagi hanya cerita tetapi penuh perlaksanaan yang pasti dengan izin tuhan akan menjana perubahan. Selagi tidak maka BERCERITA LAH kita.
Padi yang diharapkan hampas juga yang ada.