Tuesday, February 22, 2005

 

Wujudkah tekanan politik terhadap JAWI?

Komuniti On line www.umno-reform.com kami telah mencadangkan perbincangan mengenai topik di atas. Dikatakan wujud tekanan politik terhadap JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Terdapat pelbagai pihak yang mengecam tindakan JAWI namun ada juga yang mengatakan bahawa tindakan JAWI adalah tindakan yang wajar selaras dengan penerapan nilai - nilai Islam. Apakah tindakan JAWI ini selaras dengan konsep Islam Hadhari yang sekarang ini sering kita perkatakan?
Comments:
Hadhari apa ! Sebenarnya penambahan konsep dalam Islam hanya membebankan kefahaman Islam yang ada. Perjelaskan Islam itu sendiri, perkukuhkan pegangan dan lantas usahakan Islamyang satu. Andai terdapat persengketaan jangan pula kita lahirkan konsep baru, bukankah itu lebih membingungkan
 
MANSUHKAN SAJA JAWI KERANA DIA SUDAH DI IKAT KAKI DAN TANGAN SERTA DI BISUKAN!!!!!
 
Tidak yakin ada tekanan politik. JAWI melakukan tugas tetapi bagi saya kemungkinan pegawai - pegawai mereka yang terbawa - bawa dengan kuasa sedikit yang di beri. Saya cadangkan agar pegawai JAWI di latih secukupnya sebelum pergi membuat rondaan atau serbuan.
 
TUN MAHATHIR istihar negara ini negara Islam fundimantalis- samada Menteri Islam tak faham Islam kena letak jawatan kerana beri tekanan kepada JAWI yang nak buat kerja kerana nak jaga islam atau JAWI dibubarkan atau lantik semua artis jadi menteri atau tarik aje balik negara ini sebenarnya bukan negara islam atau bukan islam hadhari. MALU besar orang islam kalau artis segala-galanya ukuran dan penilaiannya.
 
Sebarang usaha ke arah memertabatkan Islam mahupun perundangan Islam di Malaysia akan menghadapi masalah besar dari org politik umno.
Islam Hadhari hanyalah khayalan segelintir pemimpin umno untuk berdepan dgn pembangkang terutama PAS yg dilihat konstant dgn perjuangan Islam mereka.
Jiwa Islam mereka kosong, tapi mereka takut dgn tekanan pembangkang.maka lahirlah Islam hadhari..... penerangannya cukup hebat, tapi pelaksanaannya tak ada!
 
pelihara lah islam ketika kita ada kuasa... nanti dah takde kuasa... dirampas atau dijajah orang.. baru nak carik islam...nak dukung islam..
 
Memang betul tu, lihatlah saudara-saudara kita di Thailand, di Phillipines, dan di mana ceruk rantau dunia di mana Islam telah dijajah dan diperlekehkan, disebabkan kuasa yang sudah tidak ada untuk mempertahankannya. Di Malaysia, sebuah negara Islam, dan dikuasai Islam, perliharalah kedaulatan Islam itu. Jangankan sampai suatu hari kita juga dijajah, dibunuh, ditekan, dan sebagainya.
 
Di negara-negara lain, orang islam sering ditindas akibat tiada yang memelihara kedaulatannya. Di Malaysia, kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dikehendaki memelihara islam pun tidak mahu bersungguh-sungguh sehinggakan sanggup membelakangkan hukum-hakam agama, hanya kerana untuk mengambil hati kaum-kaum yang lain atau orang-orang luar. Kita boleh menjaga hati orang lain, tapi ada batas-batasnya, jangan sampai maruah agama kita tergadai.
 
Beri peluang pada pemerintahan Pak Lah. Mengenai Mahathir dah la, dia dah resign. Islam hadjari adalah cabangan konsep Islam yang perlu kita sokong. Bila di keluarkan konsep itu kenapa kita tidak merundingkan untuk memperbaiki kefahaman Islam. Apa yang kita buat ialah bantai membantai kerana politik
 
Sebuah Hadith Sahih yang lebih kurang maksudnya "Apabila Orang Islam mengagungkan dunia, Kehebatan Islam akan tercabut dari dirinya. Apabila Orang Islam meninggalkan Amr-bil-makruf dan Nahi-anil-mungkar, Allah SWT akan cabut keberkatan Wahyu darinya dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain, Maka gugurlah dia dari pandangan Allah SWT". Yang ni la berlaku pada zaman masa sekarang ni.
 
Betul ! mengenai hadith sahih itu. Oleh itu PAS dan Keadilan harus ambil ikhtibar mengenainya. Kerajaan kita telah mewujudkan pelbagai ikhtihar untuk memajukan agama Islam serta mendaulatkan agama kita tetapi nampaknya pembangkang kita hanya mahu tengok kita sesama ISlam itu berpecah sahaja. Isu kafir mengkafir datang dari siapa? Kini bila kita mahu laksanakan Islam berkonsepkan Hadhari mereka bising. Hadi plak nak tunjuk terror keluarkan Hahdarah dia plak. Memang mereka gilakan kuasa - itu aje
 
Setakat ni belum ade komen drp Imam Al-Hadhari. Imam tidak sepatutnya berdiam diri dlm isu Jawi vs Jeslina krn ia merupakan isu yg besar yg akan menjadi panduan kpd isu2 yg lebih besar pd masa depan. Kalo tidak hancur negara kita.
 
ALGHAZALI YANG KU CARI,AS SYAFIE YANG KUCARI
TAPI JASLINA HASHIM YANG KU TEMUI
SEDANG MABUK SAMBIL MENARI,
BERSAMA 100 REMAJA DITANGKAP JAWI,
ADA YANG BERPESTA TAK SEDARKAN DIRI,
SEBAHAGIAN LAGI BERZINA DISOFA KERUSI,
APA NAK JADI AJARAN ISLAM HADHARI,
YANG DI ASAS OLEH DOLLAH BADAWI,

KERANA DIDESAK OLEH KABINET DAN PAK MENTERI,
AKHIRNYA BEBAS MELEPASKAN DIRI,
BERPELUKAN BERCUMBUAN MENCERCA JAWI,
SEBAGAI MAJLIS MENSYUKURI,
KERANA BEBAS DARI DAKWAAN MEMBELA DIRI,

HEY ARTIS DAN BAPAK MENTERI,
LEBIH LEBIH LAGI DOLLAH BADAWI,
INGATLAH BALA DARI ILLAHI,
TUJUAN ALLAH TURUNKAN TSUNAMI,
SUPAYA IANYA MENGINSAFKAN DIRI,

NAMUM ,DEMI FAHAMAN ISLAM HADHARI,
AMARAN ULAMAK TIDAK DIPEDULI,
TIADA SIKITPUN KEINSAFAN DIRI.
 
Balik-balik Bapak menteri yang di salahkan - kenapa tak pergi dakwah pompuan yang kena tangkap itu. Kepada Jawi sendiri kecut. Kalau mereka bertegas pasti Shahrizat gagal punya. Jangan salahkan Pak Lah dan Islam Hadharinya sahaja.
 
Pasal apa salahkan pak menteri, pasal mereka inilah yang dok mengacau JAWI dari menjalankan tugas2 mereka yang sebenarnye, iaitu mengurangkan maksiat di bandaraya KL. Mereka2 ini adalah dari kumpulan mereka yang sedar. Kenapa pak menteri sibuk mengacau tugas2 mereka? SIS NGO-K pun sama .. and Puteri UMNO pun apa bezanye.
 
kalo dah otak karat blue......deng takleh kato apo lai. degil betoi pengikut2 islam ade had & ari2 tertentu......
 
UMNO mula-mula hapuskan tulisan Jawi, sekarang hapusahkan pula kuasa JAWI. Inilah UMNO punya Islam Hadhari.
 
Pemimpin kosmetik/popular tidak layak memimpin sebenarnya. Ia umpama artis yang hanya glamor saja lebih. Pabila diserahkan kuasa memimpin kepada golongan ini maka tunggulah kerosakannya. Yang kita mahu pemimpin patriotik yang boleh membina negara/negarawan dan bukannya memimpin secara tak ketahuan.
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?