Wednesday, February 09, 2005

 

Meniti pembaharuan dalam UMNO, ceritalah

Meniti pembaharuan dalam UMNO, ceritalah

Ceritalah bagaimana perubahan perlu di adakan. Ceritalah bagaimana rasuah harus di basmikan dan usaha kita sebagai pemimpin harus ikhlas - menolak kehadiran semata - mata kerana politik dan pencapaian diri - khususnya perolehan material.

Ceritalah bagaimana kita membaja dan membajak tanah. Berusaha untuk hasil yang baik - mendidik anak - anak agar kelak mereka berwibawa, bertanggungjawab dan penuh sifat kemanusiaan yang menyeluruh - insani yang menuju ke tahap kesempurnaan.

Ceritalah mengenai pembuangan masa tanpa usaha - melakukan perkara - perkara yang tidak berfaedah serta menghuraikan segala yang nampak sebagai peluang politik dan sebagai usaha untuk naik dan berbakti kepada diri sendiri.

Ceritalah mengenai definisi berjiwa besar, nilai budiman, negarawan dan berjiwa rakyat. Melihat dan sentiasa melakukan perkara - perkara semata - mata mendahulukan kepentingan rakyat yang di terjemah setelah ada sisa - sisa yang boleh di agihkan kepada mereka.

Ceritakan juga bagaimana di didik pengedar dadah - dengan hukuman gantung - peragut yang mahu di rotan di khalayak ramai - perogol yang di penjara berpuluh - puluh tahun - ditangkap kerana tidak membayar saman - didenda kerana memandu laju dan tidak berlesen. Ceritakan bagaimana hukuman kepada mereka yang khusyuk melakukan rasuah dan mereka yang mengaut apa yang bukan milik mereka, menindas pekerja dan sebagainya.

Cerita - Cerita - Cerita bagaimana kita adakan semua ini kerana mahu membetulkan keadaan.

Cerita - Cerita - Cerita mengenai apa yang di mimpi sebagai keindahan, apa yang diharapkan sebagai hasil, apa yang dijangka sebagai pembangunan, apa yang di hasrat menjadi kemajuan.

Cerita - Cerita - Cerita - semua diharapkan. Semua di cita-citakan, lalang menjadi padi, beras secupak jadi segantang dan akar di genggam rotan jadinya.

Sesudah itu kita cubit dan kita kejutkan diri dari realiti. Tanah sekangkang kera tidak akan jadi seekar, lalang di biarkan - tidak tumbuh menjadi padi dan akar di genggam tidak rotan jadinya.

Kita perlu sedar bahawa perubahan bukan dengan bercerita. Sebagaimana di semai lalang tidak padi tumbuhnya dan begitu juga di semai cerita tidak nyata harapan jadinya.

Justeru itu harapan perubahan - harapan agar di hentikan bicara tidak berfaedah - berlebihan dalam mempolitikkan isu - berbudi dan berdedikasi dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat harus di semai. Setelah di semai di lihat hasilnya. Namun andai air di curahkan ke daun keladi - kesan dan nampaknya tidak akan ada.

Bagi Pak Lah, dalam berbicara mengenai harapan beliau mengadakan satu saf yang utuh, dengan konsep Islam yang jitu dan nilai moral yang tinggi maka perubahan harus menyeluruh. Kesesuaian kepimpinan serta perubahan dalam kepimpinan perlu di adakan sebagai asas semaian pembaharuan.

Perubahan kepimpinan itu penting - mendeklamasikan perubahan dan melihat bentuk baru bersesuaian dengan masa dalam melaksanakan tugas untuk rakyat. Pak Lah harus merobah, meninggalkan yang terlalu lama - bagi mengadakan jentera penggerak yang lebih agresif, berdaya maju dan progresif.

Ini perubahan yang di harapkan. Ini bukan lagi hanya cerita tetapi penuh perlaksanaan yang pasti dengan izin tuhan akan menjana perubahan. Selagi tidak maka BERCERITA LAH kita.

Padi yang diharapkan hampas juga yang ada.


Comments:
Buang yang keruh ambil yang jernih, buang yang expired ambil yang baru - Nik Aziz juga perlu resign untuk PAS reform
 
Perubahan dalam UMNO - that is a joke. Selagi Pak Lah tidak berani membuat perubahan drastik maka selagi itu lah UMNO kekal di tahap yang sama.

Saya usulkan laman ini mencadangkan perubahan kabinet Pak Lah demi untuk memulakan pembaharuan yang dikatakan perlu dalam UMNO.

Mereka seperti Aziz Shamsuddin, Rafidah Aziz, Tan Sri Isa Samad, Samy Vellu , Lim Keng Yaik , Syed Hamid dan beberapa veteran UMNO di ganti kerana kehadiran mereka hanya layak sebagai penasihat sahaja dan bukan lagi peneraju kementerian. Mereka sudah expired dan mereka harus di ganti dengan orang - orang yang lebih berwibawa.

Islam Hadhari Pak Lah turut usang dengan kehadiran mereka yang sudah tercemar khususnya dalam isu rasuah.

Pak Lah harus membebaskan BPR terlebih dahulu dari terus di kongkong oleh kekuasan eksekutif yang menggenggam kuasa sehingga yang jelas salah di beri peluang - sedangkan bagi saya peluang harus di beri setelah mereka yang tidak mendapat peluang mendapatinya.

Salam saya kepada Ghazali Mat Dom
 
Pak Lah down 2006 - itu sudah jadi buah mulut dalam UMNO. Kerana apa, kerana cakap tak serupa bikin. Pak Lah patut buat perubahan seperti yang di janjikan tetapi malang beliau sorang sahaja yang melaungkan perubahan tetapi tidak orang lain
 
bismillahirrahmanirrahim.. pnyelesaian pling tpt utk smua mslah skrang ni ialah undg2 islam.. undg2 quran dan sunnah.. knpa mst undg2 islam dipinggirkan dan dianggap bcggah dgn plmbgaan..?? aku sdh mengenangkn sedara2 umno yg lgsg xnah angkat syariat.. aku xbwk ideologi pas tp ingtlah..! insyALLAH aku ikhlas bwk ideologi islam.. aku harp dgn izin DIA.. aku bpluang berucap dlm majlis mesyuart umno kbgsaan.. insyaALLAH.. aku jmpa rmai bdk2 pmda umno yg plekehkan undg2 islam hnya krn klalaian kita.. astgfirullah.. pmuda umno plak xkta dr pucuk pmpinan smpai la ahli2 pkt rmai2 pkai gelang. x ke bangang tu.!! sedih.. ni ke pwris kpimpinan ngra ISLAM.?? miskiiin...
aku cbr pmimpin MALAYSIA dlm ngra hadhari ni tgakkan syiar ISLAM sblum trun lknat ALLAH.. bsma2 kita mengangkt syiar islam scra hakiki bkn scra pngecut slma ni..
allahuakbar... mn taat kita pd ALLAH kalu menolak SYARIAT DIA?? mna syg kita pd NABI S.A.W kalu nafikan sunnah dia... mana hrga diri kita ya muslimin.. love u all in ikhwan al_muslimin.. ;) :)
 
A quite interesting story.. anyway don't forget to leave your comment at myutusanmalaysia.blogspot.com

Utusan Malaysia
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?